Home » , , » Piya tuntut rakan kawal emosi

Piya tuntut rakan kawal emosi

Mohd Badhri Radzi
Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi tidak mahu sejarah terpaksa bermain dengan sembilan pemain ketika aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang Vissai Ninh Binh, Selasa lalu berulang pada saingan Liga Super menentang Selangor di Stadium Shah Alam, malam esok. 

Pada aksi ketiga peringkat Kumpulan G saingan Piala AFC dengan kelab Vietnam itu, dua penyerang The Red Warriors (TRW), Ahmad Shakir Ali dan Khairul Izwan Rosli menerima kad merah selepas bertindak mengasari pemain lawan sebelum menyaksikan pasukan itu tewas 2-3 di gelanggang sendiri. 

Mohd Badhri atau Piya berkata, satu tugas yang mustahil bagi pasukannya untuk mencipta kemenangan sekiranya terpaksa bermain dengan kekurangan dua pemain. 

Justeru, Piya menuntut rakan sepasukannya bijak mengawal emosi pada setiap perlawanan akan datang bagi memastikan TRW tidak rugi dan dapat mengutip mata penting. 

Tak boleh cicir mata 

“Memang perit apabila kami terpaksa meneruskan permainan dengan pasukan lawan yang mempunyai lebih dua pemain. Saya harap sejarah dua pemain dilayangkan kad merah seperti ketika pertemuan dengan Vissai Ninh Binh tidak berulang pada pertemuan dengan Selangor. 

“Sebagai pemain profesional, kita perlu bijak mengawal emosi dan menjadikan kekalahan kepada Vissai Ninh Binh tempoh hari sebagai pengajaran berguna,” katanya semalam. 
Katanya, Kelantan kini berada di tangga kedua liga dan tidak boleh tercicir mata sekiranya mahu memintas Terengganu yang berada di tangga teratas. 

Selain itu, perancang utama TRW itu berkata, walaupun Selangor berada di tangga ketujuh, pasukannya tidak boleh memandang mudah terhadap kemampuan anak buah Mehmet Durakovic.-bharian-
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment