Home »
Harimau Malaya
» Harimau Malaya - Safee mahu kembali menjaringkan gol
Harimau Malaya - Safee mahu kembali menjaringkan gol
Posted by Unknown
Posted on 20:00
with No comments
Penyerang Malaysia, Mohd Safee Sali mahu kembali menjaringkan gol untuk pasukan kebangsaan apabila mereka menentang Filipina di Stadium Shah Alam esok.
Safee menjaringkan dua gol apabila Malaysia ditewaskan 3-2 oleh India dalam persahabatan November lalu tetapi gagal menjaringkan gol dalam dua persahabatan terakhir - seri 1-1 dengan Filipina pada 29 Februari dan kemenangan 6-0 atas Sri Lanka pada 28 April.
Ini sangat berbeza dengan prestasi hebatnya untuk kelab beliau, Pelita Jaya, di mana beliau telah menjaringkan 16 gol dalam 26 penampilan musim ini.
"Saya sedar saya tidak jaringkan gol untuk Malaysia baru-baru ini, tetapi saya selalu memberikan seratus peratus," kata Safee yang telah menjaringkan lima gol apabila Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010.
"Orang ramai suka membandingkan prestasi kelab saya dengan prestasi pasukan kebangsaan saya, tetapi ia tidak semudah itu.
"Pasukan kebangsaan hanya bermain perlawanan persahabatan jadi persiapannya agak berbeza.
"Tetapi saya yakin saya boleh menjaringkan gol apabila kami menentang Filipina Jumaat ini kerana kami telah berlatih agak lama."
Bekas pemain Selangor ini dijangka akan bermain di bahagian serangan sama ada dengan Norshahrul Idlan Talaha atau Ahmad Shakir Ali apabila menentang Filipina.
Safee juga gembira ramai pemain muda kini bermain untuk pasukan kebangsaan
"Ada banyak persaingan kini dengan pemain-pemain muda tetapi ia adalah satu petanda yang baik," katanya.
Bercakap tentang Nazmi Faiz Mansor, yang akan menyertai kelab Portugal Beira-Mar, Safee berkata pemain muda itu perlu menyesuaikan diri dengan cepat apabila bermain di sana.
"Komunikasi dan pemakanan akan menjadi satu cabaran untuk Nazmi, jadi beliau harus menyesuaikan diri dengan cepat untuk meninggalkan kesan yang baik.
"Lebih cepat dia menyesuaikan diri, lebih baik peluangnya untuk berjaya di sana," kata Safee. "Komunikasi adalah penting dalam latihan dan perlawanan, jadi Nazmi perlu belajar itu secepat mungkin. Nazmi perlu mencari jalan untuk belajar Bahasa Portugis supaya dia benar-benar boleh sesuaikan diri
"Ia sangat baik untuk melihat pemain Malaysia kami menandatangani kontrak dengan sebuah kelab Eropah. Saya ingin mengucapkan yang terbaik kepada beliau. "
-espnstar-
Jangan lupa komen di bawah
Comments
0 Comments

