Home »
Harimau Malaya
» Malaysian League - Pengadil Malaysia dituduh atur perlawanan
Malaysian League - Pengadil Malaysia dituduh atur perlawanan
Posted by Unknown
Posted on 22:28
with No comments
BUKIT JALIL, (D5) - Pengadil Liga M, Shokri Nor, 47, dan bekas pemain, Thana Segar Sinnaiah, 38 bakal dihadapkan ke mahkmah Singapura atas tuduhan mengatur perlawanan.
Semalam, media Singapura melaporkan Shokri Nor bersama tiga individu lagi kini dalam ditahan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah Singapura kerana cubaan untuk mengatur perlawanan di Stadium Jalan Besar yang membabitkan aksi Lions XII dan Sarawak pada Selasa lalu.
Mereka dituduh melakukan perkara itu pada 19 Mei di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang dengan menerima suapan RM15, 000.
Dalam perlawanan yang berpihak kepada Lions XII dengan keputusan 3-0 itu, tiada pemain yang disabitkan dengan amalan paling ditakuti dalam bola sepak itu.
Cubaan itu dikesan lebih awal apabila Mohd Tarmizi menjadi pengganti pengadil dari Kedah itu pada saat akhir.
Mutu pengadilan Shokri Nor pada tahun lepas banyak menerima kecaman banyak pihak khususnya membabitkan beberapa perlawanan yang dianggap berat sebelah.
Malah satu page 'anti Shokri Nor' juga sudah diwujudkan sejak 25 April 2012 oleh pengguna Facebook yang tidak berpuas hati dengannya.
Selagi kesnya belum lagi diputuskan, adalah tidak adil untuk terus menghukum Shukri Nor di pihak yang bersalah kerana mutu pengadilannya semasa bertugas, boleh jadi sebagai kesilapan manusia biasa.
Kedua-duanya dibenarkan diikat jamin dengan RM123, 000. Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda sehingga RM246, 000 atau penjara lima tahun maksimum atau kedua-duanya sekali.
ESPNSTAR.COM
Jangan lupa komen di bawah
Comments
0 Comments

