Prewiew - Johor Fc lwn Kelantan FA.
Diatas kertas skuad kijang berpeluang cerah mencatat tiga mata penuh berbanding Johor FC yang semakin longlai. Setelah berjaya mengukir kejayaan menjulang kejuaraan Piala FA dan layak ke perlawanan suku akhir Piala AFC pasukan kelantan pastinya turun dengan keyakinan yang tinggi untuk membenam pasukan kedua tercorot liga Johor FC pada sabtu ini.
Aksi mantap yang dipamerkan Kelantan ketika membenam cabaran Terengganu pada saingan Piala AFC memperlihatkan keyakinan para pemain kini berada di tahap terbaik. Apatah lagi pasukan kelantan perlu mengutip mata makximum bagi terus memberi tekanan kepada Lions XII yang kini selesa mendahului liga dengan kelebihan 7 mata di hadapan Kelantan.
Bojan pastinya akan menggilirkan para pemainnya bagi memastikan semua pemain berada di prestasi yang tinggi bagi mengharungi jadual yang padat, dengan Norshahrul Idlan Talaha mungkin akan mengetuai bahagian serangan Kelantan.
Namun lawan yang akan ditentang juga terdesak mencari kemenangan. Lebih parah Johor Fc kini hanya mencatat satu kemenangan di tempat sendiri dalam saingan Liga Super. Justeru mereka bukan sahaja perlu megharapkan sentuhan pemain import mereka malah keampuhan benteng pertahanan turut ditagih jurulatih Johor Fc.
Dalam aksi pertama di Kota Bharu, Johor Fc tewas dengan jaringan 2-1 ketika itu dibimbing K.Devan.
News by : Livestreamingnews.net