Harimau Malaya - Ahmad Shabery Puji Skuad Harimau Malaya
Posted by Unknown
Posted on 19:31
with No comments
KUALA LUMPUR: Pasukan Harimau Malaya telah menunjukkan peningkatan dari semua segi ketika menentang Singapura semalam, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata pasukan negara turut mempamerkan corak permainan lebih baikberbanding ketika menentang Filipina pada 1 Jun lepas.
"Tahniah kepada pasukan bola sepak di bawah jurulatih Datuk K.Rajagobal.
Beliau merupakan contoh jurulatih yang mengetahui tentang latar belakang danmasalah yang dihadapi oleh pemain, bukan seorang, tetapi 25 orang di bawahjagaan beliau," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.
Terdahulu, Ahmad Shabery menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan syarikat pengeluar perabot 3V Holdings Sdn Bhd mengenai penajaan hadiah kemenangan pingat emas Olimpik.
Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong menandatangani MoU itu bagi pihak majlis manakala pengurus pemasaran 3V Holdings Chin Song menandatangani bagi pihak syarikat berkenaan.
Malaysia meraih kemenangan 2-0 ke atas Singapura pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam tadi, selepas seri 2-2 pada pusingan pertama dengan pasukan 'The Lions' itu Jumaat lepas.
Malaysia dijadual mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan LigaPerdana Inggeris Arsenal pada 24 Julai ini.
Siri perlawanan persahabatan itu merupakan sebahagian daripada persediaan skuad itu bagi menghadapi Piala AFF Suzuki Disember ini. -BERNAMA
Jangan lupa komen di bawah
Comments
0 Comments

