Kecederaan baru di mata kanan Syakir Saari sedikit sebanyak manganggu percaturan pengendali kebangsaan Datuk K.Rajagopal untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Filipina di Stadium Shah Alam malam ini.
Kecederaan tersebut ekoran perlanggaran dengan pemain pertahanan Azmi Muslim dalam sesi latihan terakhir di Stadium Shah Alam pada khamis yang memaksa Datuk K.Rajagopal membuat perhitungan penting memastikan kelebihan skuad kebangsaan ketika bertemu Filipina malam ini.
Syakir Saari disahkan Rajagopal tidak dapat beraksi ekoran kecederaan pada bahagian mata kanan pemain Kelantan itu di khuatiri semakin teruk andai dia diturunkan, namun Rajagopal menegaskan tidak menolak kemungkinan untuk manaikkan beberapa nama pemain pertahanan yang di label sebagai pemain 'utiliti' untuk mengisi kekosongan Syakir mengikut keadaan perlawanan nanti.
'kerana kita ada pemain pamain utiliti seperti Mohd Sabree Mat Abu, Amer, Mahali Jasuli yang boleh bermain di bahagian midfielder. kita tengok situasi, kalau perlu untuk membuat sesuatu di bahagian tersebut.' kata Datuk K.Rajagopal.
Ketika ini dua permain tengah iaitu Safeq Rahim dan Amar Rohidan akan mengisi kesebelasan utama selain K.Gurusami.
News.