Home » , » Apex, Fakri galas misi penting TRW

Apex, Fakri galas misi penting TRW


Sedar berdepan Yangon United FC bukanlah lawan yang mudah, Penolong Ketua Pasukan Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex mahu rakan sepasukan beraksi sebaik mungkin dalam usaha membawa pulang sekurang-kurangnya satu pada aksi pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2014 dalam Kumpulan G.

Menurutnya, beraksi di tempat lawan pastinya sukar namun pengalaman beberapa pemain lama yang masih bersama The Red Warriors (TRW) pastinya mampu membantu pemain baharu.

“Secara peribadi sasaran saya pada kejohanan kali ini melangkah lebih jauh berbanding sebelum ini dan aksi pertama menentang Yangon United FC perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

“Membawa pulang satu mata di tempat lawan sememangnya menarik namun jika pulang dengan tiga mata ia satu bonus dan tidak mustahil kami mampu melakukannya,” katanya.

Sementara itu, pemain yang sedang meningkat naik dan boleh beraksi di beberapa posisi, Ahmad Fakri Saarani melihat inilah peluang buat pemain TRW untuk melakar kejutan.

“Berdasarkan maklumat, lawan dilihat kuat di bahagian tengah dan kita perlu memberikan fokus penuh terhadap pasukan untuk mencipta kemenangan, elak dari melakukan kesilapan mudah selain menyempurnakan peluang terhidang untuk menjaringkan gol.

“Bagi saya beraksi di bahagian mana pun tidak kisah kerana jurulatih lebih mengetahui keupayaan dan perancangan ditetapkan, fokus adalah kemenangan pasukan dan jika segalanya berjalan lancar kita mampu pulang dengan senyuman hasil keputusan positif,” katanya.

sinarharian.com.my
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment