Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjadi pasukan pertama negara ini mendapat tajaan sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Pelancongan.
Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata pasukan bola sepak terbabit yang turut dikenali sebagai The Red Warriors akan membawa logo 'Visit Malaysia' di jersi mereka.
"Pasukan terbabit layak menerima tajaan itu berikutan kejayaan dalam kejohanan di negara malah turut bermain di luar negara termasuk Piala Asia," katanya selepas merasmikan jersi baru KAFA di Menara Mara di sini, sebentar tadi.
bharian.com.my