Home » , , » Yangon United belasah Kelantan - AFC 2014

Yangon United belasah Kelantan - AFC 2014


Kuala Lumpur: Kelantan memulakan aksi Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan langkah kiri apabila tewas 5-3 kepada kelab dari Myanmar, Yangon United di Stadium Thuwunna, semalam. 

Hanya diperkuatkan seorang pemain import, Obinna Nwaneri, hasrat The Red Warriors (TRW) meraih sekurang-kurangnya satu mata seperti dilakukan Selangor yang seri 1-1 dengan Arema dari Indonesia tidak tercapai, malah ketinggalan 3-0 di babak pertama. 

Penyerang import tuan rumah, Emerson Reis Luis membuka jaringan pada minit ke-8, diikuti gol Kyaw Ko Ko pada minit ke-28 sebelum Emerson menambah derita Kelantan pada minit terakhir babak pertama. 

Bersambung separuh masa kedua, pelawat mempamerkan kebangkitan dan berjaya melakar jaringan pertama menerusi pemain sayap, Wan Zaharulnizam Zakaria pada minit ke-47. 

Bagaimanapun, Ko Ko melengkapkan hatrik dengan tambahan dua gol pada minit ke-52 dan ke-89 manakala ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi meledak dua gol pada minit ke-63 dan ke-94. 


Aksi kedua 12 Mac ini 

Untuk aksi kedua 12 Mac ini, Kelantan akan beraksi di gelanggang keramatnya, Stadium Sultan Muhammad IV menentang South China dari Hong Kong.

bharian.com.my
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment