Home » , , » Shakir minta maaf - AFC CUP 2014

Shakir minta maaf - AFC CUP 2014

AHMAD Shakir Ali (kiri) mengakui kesilapannya yang menyebabkan dia menerima kad merah ketika Kelantan menentang Vissai Ninh Binh dalam kempen Piala AFC di Kota Bharu kelmarin.
Penyerang Kelantan, Ahmad Shakir Ali memohon maaf secara terbuka kepada semua penyokong setia The Red Warriors atas insiden layangan kad merah yang diterimanya pada aksi Piala AFC bertemu Vissai Ninh Binh di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin.

Ahmad Shakir berkata, dia kesal dengan tindakannya sehingga membuatkan dia diperintah keluar padang dan merugikan pasukannya yang tewas 3-2 dalam aksi Kumpulan G itu. "Perkara itu berlaku secara pantas dan tidak disengajakan.

"Saya telah memohon maaf kepada pihak pengurusan dan rakan-rakan sepasukan di atas apa yang berlaku," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam. Penyerang berusia 25 tahun itu dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Bangladesh, Tayeb Hasan selepas mengasari kapten pasukan pelawat, Le Van Duyet pada minit ke-34.

Sebelum ini, pada aksi pembukaan Piala AFC menentang wakil Myanmar, Yangoon United anak kelahiran Kedah itu turut dilayangkan kad merah. Dia turut diperintah keluar padang ketika menentang Lions XII dalam kempen Liga Super.

Ahmad Shakir memberitahu, dia menganggap insiden tersebut sebagai pengajaran berguna buatnya agar dia lebih berhati-hati dalam perlawanan selepas ini. Katanya, dia bertekad untuk bersikap lebih profesional dalam setiap perlawanan yang diharungi selepas ini.

"Saya akui penyokong kurang senang dengan tindakan tersebut dan saya mohon maaf atas kesilapan itu. Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan tersebut," ujarnya.
-utusan-
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment