Home » , » Red Warriors kena belasah - Piala AFC

Red Warriors kena belasah - Piala AFC

KELANTAN mencatat kekalahan kali ketiga apabila dibelasah pasukan XM Vissai Ninh Binh 4-0 pada pusingan kedua saingan Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Hanoi, Vietnam, semalam, lapor MOHD FAHMI ISMAIL.

Beraksi di atas permukaan padang yang teruk menyukarkan pergerakan pemain The Red Warriors dan kesempatan ini dimanfaatkan tuan rumah meledak gol.

Kesebelasan utama TRW ketika berdepan XM Vissai Ninh Binh, semalam.
Kelantan beraksi tanpa khidmat Mohd Khairul Izuan Rosli dan Ahmad Shakir Md Ali kerana menerima kad merah semasa melawan pasukan sama di Kota Bharu, bulan lalu dan juga ketiadaan kapten, Badhri Radzi.

Percaturan Steve Darby menurunkan pemain muda dilihat gagal mengimbangi jentera serangan lawan yang cukup ampuh dan Petrisor Voinea meletakkan Ninh Binh di hadapan menerusi minit ke-11.

Pada babak kedua, giliran Anh Tuan menyumbat gol kedua m-53 manakala Van Thang meledak gol ketiga Ninh Binh (77) dan Bryan Kavin Elroy (81) Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dalam akaun Twitternya sifatkan aksi di Vietnam itu sebagai terburuk.

“A very poor game in Vietnam (Permainan yang buruk di Vietnam) dengan merehatkan Piya, Fakri (Saarani),  Fitri (Omar), Brendan (Gan) dan Shakir untuk perlawanan ATM, Sabtu ini,” katanya.

Keputusan itu menyebabkan Kelantan kini berada di tangga tercorot kumpulan dengan hanya satu kemenangan untuk meraih tiga mata dan mungkin sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kempen Piala AFC kali ini.

Kelab Myanmar, Yangon United menjadi lawan seterusnya yang di jadual berlangsung di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, 8 April ini.

www.sinarharian.com.my
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment