Home » » Salibasic nafi sebut kata-kata menghina

Salibasic nafi sebut kata-kata menghina

Muamer Salibasic
PEMAIN striker import Sarawak dari Bosnia Muamer Salibasic hari ini menafikan dakwaan pemain Kelantan, Mohd Fitri Omar bahawa beliau menyebut kata-kata penghinaan semasa perlawanan antara kedua pasukan Jumaat lalu.

Sarawak mengalahkan Kelantan 1-0 hasil jaringan Ryan Griffiths di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu. 

Salibasic berkata beliau percaya timbul salah faham akibat tekanan daripada perlawanan itu.

"Saya tidak menyebut apa-apa yang buruk mungkin dia salah faham kerana semasa perlawanan suasana agak riuh rendah kerana terlalu banyak suara dan bunyi," katanya kepada pemberita selepas program 'Mari Sama-Sama Membaca Selama 10 minit' di Perpustakaan Negeri di Kuching.

Beliau mengakui ada bertembung dengan pemain itu tetapi berkeras mengatakan ia adalah perkara biasa dan tidak mungkin beliau menyebut kata-kata yang menghina berikutan peristiwa itu. 

"Ia merupakan permainan yang tegang, dia menolak saya dan saya menolak dia...tapi saya tidak pernah sebut apa-apa (perkataan menghina) seperti itu," katanya.

Salibasic berkata bagi menyelesaikan keadaan, beliau akan cuba menghubungi Mohd Fitri untuk menjelaskan keadaan sebenar. 

"Saya akan cuba menghubungi beliau, untuk berbincang mengenai perkara itu tetapi sekali lagi, saya ingin menyatakan saya tidak sebut apa-apa semasa perlawanan itu," katanya. - Bernama
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment