Home » , , » "Tagoe boleh beraksi perlawanan akan datang"

"Tagoe boleh beraksi perlawanan akan datang"

Pemain dari Ghana, Prince Tagoe dilaporkan sudah boleh beraksi untuk pasukan Kelantan selepas urusan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) pemain itu selesai.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata dalam laman Facebook miliknya selepas tamat perlawanan Liga Super antara Selangor PKNS menentang Kelantan malam tadi: "Prince Tagoe boleh beraksi perlawanan akan datang."

Memetik laporan portal theredwarriors.com sebelum ini pula, Ketua Pegawai Eksekutif The Red Warriors Sdn Bhd, Kevin Ramalingam berkata: "FIFA memberitahu kami isu ini akan diselesaikan. Kami sedang menunggu daripada pihak FIFA,"

Kelantan masih belum berputus harap untuk menggunakan khidmat Prince Tagoe dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Sebelum ini juga, Pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim turut menafikan laporan yang menyatakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mahu menggunakan kembali khidmat Obinna Nwaneri, sambil menegaskan urusan untuk mendapatkan ITC Tagoe masih dalam proses.

Bagaimanapun, dia mengakui wujud kemungkinan mereka tidak dapat menggunakan Tagoe musim ini, namun katanya, selagi Kafa tidak mendapat kata putus mengenai isu ITC, Azman masih optimis hajat penyokong Kelantan untuk melihat bekas pemain Ghana ke Piala Dunia 2010 itu beraksi akan dipenuhi.
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment