Home » , , » Tagoe sah boleh beraksi Sabtu ini

Tagoe sah boleh beraksi Sabtu ini

KOTA BHARU - Kelantan akhirnya menarik nafas lega apabila hasrat untuk menggunakan khidmat bekas penyerang kebangsaan Ghana, Prince Tagoe dalam saingan Liga Malaysia musim ini tercapai ­akhirnya.

Impian tersebut menjadi kenyataan apabila Tagoe memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) dari kelab lamanya di Tunisia iaitu African Club.

Berita gembira itu dikongsi oleh Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menerusi laman sosial, Facebook miliknya kelmarin.

Annuar berkata, ejen Tagoe, Mohamed Mroweh mengesahkan bahawa ITC milik pemain itu telah sampai ke Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, badan induk bola sepak negara itu dijangka mengeluarkan lesen kebenaran untuk bermain kepada tonggak import Kelantan itu hari ini.

“Ini bermakna semua masalah berkaitan Tagoe yang agak rumit telah selesai sepenuhnya dan dia dijangka layak beraksi pada Sabtu ini untuk bertemu dengan Perak," katanya.

Justeru, beliau berharap Kelantan akan tampil dengan prestasi terbaik pada perlawanan tersebut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, masih belum putus harapan sebaliknya Kelantan tetap yakin dapat menggunakan pe­nyerang import terbaharu mereka, Tagoe, setelah urusan ITC yang dijangka selesai dalam tempoh 48 jam.

Tagoe merupakan antara tenaga import baharu yang dibawa masuk oleh Kelantan dalam usaha memperkuatkan pasukan bagi menggantikan Obinna Nwaneri.

Selain itu, bekas pemain Bangkok United, Hussain Alaa Salma dibawa masuk bagi menggantikan Mohammad Ghaddar untuk kuota pemain Asia.

Dua lagi tonggak import yang memperkuatkan pasukan The Red Warriors ialah Mohamed Shawky Yazid dan Francis Forkey Doe.

Kehadiran Tagoe memberikan pilihan kepada Goerge Boateng untuk membentuk gandingan lebih ampuh di bahagian serangan bagi mengharungi baki saingan Liga Super musim ini.

www.utusan.com.my
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment