Malaysia bakal menerima kunjungan para atlet bertaraf dunia seperti Usain Bolt, Mo Farah, LeBron James, Rafael Nadal, Cristiano Ronaldo, Sebastian Vettel pada bulan depan.
Nama-nama besar berkenaan akan hadir ke negara ini apabila mereka diumumkan secara rasminya dalam pencalonan untuk Anugerah Tahunan Dunia Sukan Laureus 2014.

Anugerah Dunia Sukan Laureus ke-15 yang memberi penghargaan terhadap pencapaian sukan sepanjang kalendar 2013, merupakan majlis penghargaan perdana dalam kalendar sukan antarabangsa.
Pemenangnya akan dipilih oleh anggota Akademi Dunia Sukan Laureus yang mengandungi sekumpulan unik 46 atlet lelaki dan wanita terhebat dalam sejarah.
Bekas pengurus Chelsea dan Tottenham Hotspur, Andre Villa-Boas (AVB), pemenang Piala Dunia bersama Perancis, Marcel Desailly dan bekas juara Moto GP sebanyak lima kali, Mick Doohan turut hadir dalam majlis penamaan calon untuk merebut tujuh kategori.
Mereka percaya nama-nama yang tersenarai berhak tercalon kerana mereka semua merupakan atlet yang bukan sahaja meraih pencapaian cemerlang musim lepas, tetapi kunci utama mereka adalah konsisten.
Desailly menganggap Cristiano Ronaldo sememangnya wajar tercalon berbanding seteru utamanya, Lionel Messi kerana lebih menyerlah dan konsisten musim lepas.
"Dia (Cristiano Ronaldo) berhak tercalon berdasarkan pencapaian dan statistiknya musim lepas. Dia bekerja keras dan konsisten dengan apa yang dilakukannya.
"Dia begitu profesional untuk mencapai ke tahap itu," jelas Desailly.
Bagi AVB pula, beliau percaya Ronaldo mempengaruhi pemain disekelilingnya terutama di bersama pasukan Portugal kerana menganggap Messi mempunyai pemain hebat untuk menyokongnya di Argentina.
Tahun lalu Usain Bolt ditabalkan sebagai atlet lelaki terbaik manakala atlet wanita Britain, Jessica Ennis muncul pemenang dalam majlis yang diadakan di Rio De Jeneiro, Brazil.
Senarai penuh pencalonan:
ATLET LELAKI TERBAIK TAHUNAN LAUREUS
Usain Bolt (Jamaica) - Olahraga
Menang pingat emas 100km, 200m, 4x100m Kejohanan Olahraga Dunia
Mo Farah (United Kingdom) - Olahraga
Menang berganda 5,000km dan 10,000m di Kejohanan Olahraga Sedunia
LeBron James (Amerika Syarikat) - Bola Keranjang
Bintang Miami dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP), NBA untuk kali keempat dalam tempoh lima tahun
Rafael Nadal (Sepanyol) - Tenis
Juara Terbuka Perancis, Terbuka AS, dan lima kejonana Masters ATP
Cristiano Ronaldo (Portugal) - Bola sepak
Menjaringkan 69 gol untuk Real Madrid dan Portugal sepanjang 2013
Sebastian Vettel (Jerman) - Sukan Permotoran
Menjuarai gelaran pemandu kejuaraan Formula buat kali keempat berturut-turut
ATLET SUKAN WANITA TERBAIK TAHUNAN LAUREUS
Nadine Angerer (Jerman) Bolasepak
Missy Franklin (AS) Renang
Shelly-Ann Fraser-Pryce (Jamaica) Olahraga
Yelena Isinbayeva (Rusia) Olahraga
Tina Maze (Slovenia) Ski
Serena Williams (AS) Tenis
Pasukan Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus
All Blacks (NZ) Ragbi
Bayern Munich (Jerman) Bolasepak
Pasukan Bolasepak Kebangsaan Brazil
Bob & Mike Bryan (AS) Tenis
Miami Heat (AS) Bolakeranjang
Red Bull (Austria) Sukan Permotoran
Pencapaian Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus
Pasukan Kriket Afghanistan
Marc Márquez (Sepanyol) Motosikal
Raphael Holzdeppe (Jerman) Olahraga
Nairo Quintana (Colombia) Berbasikal
Justin Rose (Britain) Golf
Adam Scott (Australia) Golf
Kemunculan Semula Terbaik Tahunan Laureus
Yelena Isinbayeva (Rusia) Olahraga
Rafael Nadal (Sepanyol) Tenis
Oracle Team USA – Perahu Layar
Tony Parker (Perancis) Bolakeranjang
Ronaldinho (Brazil) Bolasepak
Tiger Woods (AS) Golf
Atlet Sukan Kurang Upaya Terbaik Tahunan Laureus
Marie Bochet (Perancis) Ski
Marcel Hug (Switzerland) Lumba Berkerusi Roda
Tatyana McFadden (AS) Lumba Berkerusi Roda
Sophie Pascoe (NZ) Renang
Sarah Louise Rung (Norway) Renang
Olga Sviderska (Ukraine) Renang
Aksi Terbaik Tahunan Dunia Sukan Laureus
Jamie Bestwick (UK) BMX
Bob Burnquist (Brazil) Papan Luncur
Mick Fanning (Australia) Luncur Air
John John Florence (AS) Luncur Air
Maya Gabeira (Brazil) Luncur Air
Shaun White (AS) Luncur Salji.
stadiumastro.com