Home » , , » Kelantan FA janji kebangkitan

Kelantan FA janji kebangkitan

Steve Darby
The Red Warriors mahu bangkit daripada kekalahan perit 3-5 kepada Yangon United dengan membenam wakil Hong Kong, South China dalam perlawanan keduanya dalam Kumpulan G Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Kelantan perlu menang dalam pertemuan tersebut bagi mengekalkan peluang mara ke pusingan berikutnya.
Jurulatih, Steve Darby menjangkakan pasukannya bakal diberi cabaran sengit oleh South China, namun dia tetap optimis The Red Warriors mampu bangkit dalam perlawanan itu dan meraih tiga mata penting.

"Saya sudah menonton rakaman pasukan ini selain mendapat informasi lengkap dengan pertolongan rakan-rakan di Hong Kong.

"Penyokong mengharapkan kemenangan dan saya juga memikirkan perkara yang sama. Tetapi kadang kala kita kena bersikap realistik, semua orang mahu menang, South China pun hendak menang tetapi menang atau kalah adalah realiti dalam bola sepak," katanya dalam sidang akhbar perlawanan tersebut di Kota Bharu semalam.

Hadir sama pengendali South China, Yeung Ching Kwong serta wakil pemain kedua-dua pasukan, Amar Rohidan dan Chan Wai Hoo. Darby mengakui faktor jadual perlawanan padat melibatkan aksi Liga Super dan kempen Piala AFC ketika ini merencatkan perancangan beliau untuk menurunkan barisan terkuat Kelantan untuk pertemuan malam ini.

"Sejujurnya saya tidak ada idea siapa yang akan disenaraikan dalam kesebelasan utama malam esok (malam ini). "Selepas lawan South China, kami hanya sempat berehat dua hari sebelum jumpa Pahang, kemudian lawan XM Vissai Ninh Binh (18 Mac) dan Selangor (22 Mac)," ujarnya.

Tambahnya, keadaan mental dan fizikal anak-anak buahnya tidak berada pada tahap terbaik kerana perlu beraksi dalam banyak perlawanan dalam tempoh singkat.

Katanya, ini membuatkan dia terpaksa menggilirkan pemain agar mereka tidak keletihan. Sementara itu, jurulatih South China, Ching Kwong mengakui cabaran getir menanti anak buahnya untuk menewaskan Kelantan biar pun pasukannya membariskan tujuh pemain kebangsaan untuk perlawanan itu.

"Kelantan mempunyai ramai pemain berkualiti dan barisan serangan mereka juga cukup kuat. Ini perlawanan di tempat lawan dan faktor persekitaran, cuaca dan peminat tidak memberi sebarang kelebihan buat pasukan kami tetapi kami tetap akan berusaha untuk menang," katanya.

Tambahnya, tempoh rehat selama dua minggu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukannya untuk memperbaiki kelemahan di semua posisi selepas tewas mengejut 1-3 kepada XM Vissai Ninh Binh di Stadium Hong Kong, bulan lalu.
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment