Home » , » Mat Yo digugurkan - Dato Ong Kim Swee

Mat Yo digugurkan - Dato Ong Kim Swee

Sepang: Pemangku jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menggugurkan Norshahrul Idlan Talaha daripada senarai 20 pemain yang dibawa ke Al Ain, UAE, semalam untuk berdepan Yaman pada aksi terakhir Kelayakan Piala Asia 2015, Rabu ini. 

Menurut Kim Swee penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu belum mencapai tahap kecergasan memuaskan memandangkan dia hanya mula menyertai kem latihan skuad kebangsaan, Rabu lalu selepas tidak melaporkan diri pada 19 Februari lalu seperti yang ditetapkan. 

Tiga lagi pemain yang turut digugurkan Kim Swee ialah penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Khalid yang meraih kap sulungnya ketika skuad kebangsaan seri 0-0 dengan Filipina di Stadium Selayang, malam kelmarin serta dua pemain tengah, Shakir Shaari (Johor Darul Ta’azim) dan Junior Eldstal (Sarawak).



 Mat Yo (kanan) tercicir dalam skuad negara kerana belum mencapai tahap kecergasan memuaskan.


Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment