Home » , » Ultras Malaya : Kami mahu aibkan FAM

Ultras Malaya : Kami mahu aibkan FAM

Penyokong Ultras Malaya membakar suar ketika aksi persahabatan antara Harimau Malaya menentang Filipina. malam kelmarin.

"Kami memang sengaja buat," demikian reaksi wakil Ultras Malaya mengenai kejadian bakar suar dan balingan bom asap ketika aksi persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Filipina di Stadium Selayang, malam kelmarin.

Wakil kumpulan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lekir berkata, tindakan itu sebagai bukti suara penyokong bola sepak tempatan yang mula muak terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang didakwa sudah gagal.

“Memang tindakan itu dibuat dengan sengaja dan mahu malukan FAM. Ultras Malaya sebagai landasan kepada suara peminat di negara ini, malah pada perlawanan semalam (kelmarin) seluruh stadium turut bersama kami.
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment