Home » » Dimana silapnya? - komentar

Dimana silapnya? - komentar


KOMENTAR PEMINAT TRW.

Adakah adil, dan kita menilai secara jujur dan bijak pada sesuatu perkara yg berkaitan dengan pasukan kita. Penyokong amat mudah menyatakan tukar itu dan buang yang ini sedangkan jika ianya tetap gagal, siapa yg perlu menanggungnya.

Didalam kita menilai kelebihan dan kekurangan pasukan kita, kita jangan lupa bahawa sebuah pasukan adalah satu organisasi dimana semua yg berada didalam pasukan perlu mengambil tanggungjawab di ketika mengecapi kejayaan dan di ketika menghadapi kegagalan.

Kita sebagai penyokong jangan hanya menunding jari hanya kepada satu pihak sahaja. Jurulatih, pembantu jurulatih, pengurusan, semuanya perlu ada tanggungjawab didalam membentuk pasukan. Janganlah hanya meletakkan segala kesalahan dan kelemahan hanya pada satu pihak.

Persoalannya, adakah dengan memecat atau digantikan Steave Darby, penyokong yakin dan pasti bahawa pasukan Kelantan akan lebih baik? Bagaimana jika ianya tetap gagal?. Belajar lah dari pengalaman kerana kita bukan lagi penyokong yang baru nak kenal bolasepak. Kita adalah penyokong yang sudah lali dengan kejayaan dan penuh dengan pengalaman.

Sikap suka meletakkan sesuatu kesalahan pada satu pihak sahaja adalah suatu sikap yg tidak elok dan boleh merosakkan pasukan. Jangan kita tersalah 'tembak'. Didalam membentuk sebuah pasukan yang mantap, tanggungjawab bukan hanya perlu dipikul oleh ketua jurulatih sahaja, tetapi yang dilantik sebagai 'staff' kejurulatihan juga perlu memikul tanggungjawab dengan berkesan. Janya hanya kejayaan 'di rai', kekalahan menjadi 'senyap sunyi'.

Kita sebagai penyokong pula perlu menilai dan menganalisa dari segenap sudut organisasi supaya kita menjadi penyokong yg adil dan bijak menilai. Bagi saya, memecat atau menamatkan kontrak seorang 'head coach' bukan lah jalan penyelesaian terbaik. Jalan terbaik adalah memperbaiki organisasi iaitu melibatkan seluruh 'keluarga trw'. Pegawai, pemain, jurulatih, pembantu jurulatih, fisio, dan semua yang berkaitan dengan pasukan. Jangan mudah hanya menyalahkan pada seseorang individu.

Jangan pula menyatakan bahawa 'dulu kita tukar jurulatih dan berjaya'. Itu dulu, dulu lain sekarang dah lain. Perlu di ingat bahawa pasukan yg kita ada sekarang tidak sama dan jauh beza dengan pasukan yang kita ada sebelum ini.

Pasukan yang kita miliki sebelum ini tetap memiliki tonggak pasukan walaupon berlaku 'keluar masuk' pemain. Ianya tetap tidak 'runtuh' sedangkan pasukan yang kita ada sekarang telah 'diruntuhkan'. Kita didalam proses membina 'teras' pasukan, dan ianya akan memakan masa bagi tujuan penyesuaian. Bila sudah memiliki teras pasukan, perlu pula ada proses penambahbaikan pasukan.

Disini lah peranan besar penyokong amat diperlukan, sokongan berterusan. Nak tembak biar tepat, jangan tersasar. Perlu tahu apa yg kita sasarkan. Sekian...

Oleh : YooNuss MY
Diterbit : TRW KINI
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment