Home » , » Ghaddar Dan Doe Ketuai Barisan Depan Kelantan - Piala AFC

Ghaddar Dan Doe Ketuai Barisan Depan Kelantan - Piala AFC

Ghaddar Dan Doe Ketuai Barisan Depan Kelantan
Penyerang import Mohammad Ghaddar dan Francis Forkey Doe akan mengetuai barisan hadapan Kelantan apabila menentang Yangon United dari Myanmar pada saingan Piala Konfederasi Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini Selasa.

Ketua jurulatih Kelantan Steve Darby berkata beliau terpaksa bergantung kepada dua penyerang import itu berikutan ketiadaan Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Shakir Ali.

"Kami hilang Fakri dan Shakir kerana kecederaan, Mohamed Shawky Aly digantung satu perlawanan manakala dua pemain baharu, Brendan Gan dan Mohd Fitri Omar tidak layak untuk diturunkan.

"Saya mengharapkan Doe dan Ghaddar untuk menjaringkan gol," kata Darby kepaad pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Kelantan masih mempunyai peluang ke pusingan kedua Piala AFC.

"Kami mesti menang perlawanan ini dan sekiranya kalah, kami akan tersingkir daripada pertandingan ini....oleh itu saya memilih pemain terbaik yang ada untuk menampilkan corak serangan bagi membenam Yangon United," katanya.

Sementara itu, jurulatih Yangon United Eric Williams berkata pertemuan esok adalah sukar kerana kedua-dua pasukan memerlukan mata penuh untuk ke pusingan seterusnya.

"Kelantan adalah pasukan yang mantap...pasukan kami perlu menang dan oleh itu ia menjadi perlawanan yang menarik. Pasukan yang menjaringkan gol pertama boleh memenangi perlawanan," katanya.

Kelantan, yang menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan G dengan sembilan mata di belakang pendahulu, XM Vissai Ninh dari Vietnam, kalah 5-3 kepada Yangon United pada perlawanan pembukaan kumpulan.

-bernama-

Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment