Hashim Mustapha |
"Harap peminat dapat bersabar kerana pasukan masih memerlukan masa. Pemain telah melakukan yang terbaik lebih daripada 100 peratus, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila gagal menyudahkan peluang yang terhidang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mohd Hashim dilantik sebagai pengendali sementara oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi memulihkan prestasi pasukan Kelantan setelah pengendali asalnya, Steve Darby direhatkan sementara.
Kelantan kini berada di kedudukan ketujuh liga dengan 20 mata, lima mata di belakang pendahulu liga, Pahang yang beraksi kurang satu perlawanan.
Mengenai pergaduhan yang hampir tercetus antara kedua-dua pasukan, Mohd Hashim berkata seorang pemain pasukan lawan didakwa mengeluarkan kata-kata kesat yang menjurus kepada insiden itu. - Bernama