SHAWKY menjaringkan gol kemenangan 1-0 Kelantan ke atas ATM pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
MARUAH pengendali Kelantan, Steve Darby yang sebelum ini tercalar kembali pulih selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu semalam.
Terdesak memburu kemenangan, pasukan tuan rumah memperagakan aksi garang dan hampir memecahkan kebuntuan seawal minit keenam, namun rembatan kaki kiri peledak import Lebanon, Mohamad Ghaddar sekadar menggegar tiang gol meskipun penjaga gawang ATM, Syed Adney Syed Hussain sudah tertewas.
Tujuh minit selepas itu, Obina Nwaneri terlepas peluang terbaik untuk meledakkan gol pertama Kelantan selepas rembatannya tersasar meskipun Syed Adney sudah terkeluar daripada posisinya.
Ghaddar mempersia-siakan peluang untuk menjaringkan gol sulung Kelantan pada minit ke-18 apabila rembatan derasnya berjaya ditangkap kemas Syed Adney, sekali gus menyelamatkan gawangnya daripada dibocori.
Ketika pasukan tuan rumah rancak melakukan asakan ke kubu pelawat, pemain sayap lincah ATM, Vinice Elphi Danny Kaya hampir meledakkan gol pertama pasukan itu pada minit ke-38, namun rembatan kencangnya sekadar menggegar sisi jaring walaupun berjaya menggelecek tiga pertahanan Kelantan.
Pada minit-minit akhir babak pertama, ATM sekali lagi terlepas peluang untuk menjaringkan gol apabila rembatan penyerang importnya, Manuel Arostegui berjaya diselamatkan barisan pertahanan Kelantan dan keputusan tersebut kekal sehingga rehat.
Pada babak kedua, tuan rumah yang lebih banyak mendominasi perlawanan terus kempunan untuk memperoleh jaringan apabila setiap serangan bahaya yang dilancarkan mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan pelawat.
Syed Adney menjadi wira pasukan itu apabila menguis keluar bola tandukan Nwaneri pada minit ke-55, sekali gus menafikan hasrat tonggak kelahiran Nigeria itu untuk meraikan jariangan pertama tuan rumah.
Tonggak kelahiran Mesir, Mohamed Shawky Yazib akhirnya meleraikan kebuntuan apabila meledakkan gol pertama skuad The Red Warriors pada minit ke-60 selepas menanduk kemas hantaran ketua pasukan, Mohd. Badhri Radzi seterusnya mengecewakan Syed Adney di gawang ATM.
Bagaikan tidak cukup dengan jaringan tersebut, tuan rumah membawa masuk dua tenaga baharu Francis Forkey Doe dan Khairul Izuan Rosli bagi menggantikan Ghaddar serta Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria pada minit ke-73 bertujuan untuk menambah sengat dibahagian serangan namun gagal membuahkan hasil
Keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan Kelantan melakar kemenangan pertama sepanjang empat aksi Liga Super sepanjang bulan ini dan lalu.
www.kosmo.com.my