![]() |
Erwin Carrillo (kanan) cuba melepasi pemain import T-Team pada perlawanan baru-baru ini. Gambar dari Dunia Sukan. |
Semalam, skuad The Red Warriors (TRW) bersama-sama pasukan T-Team mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan perlawanan amal bertujuan mengisi tabung bagi mangsa banjir. Difahamkan jualan tiket berjaya mengutip RM11,600.
Selain itu, TRW dan T-Team dilihat turut mengambil peluang untuk menguji tonggak import baharu masing-masing serta memperkemaskan keserasian antara pemain. Kelantan menurunkan dua importnya iaitu Erwin Carrillo dan Emmenual Kenmogne, manakala T-Team menurunkan David Faramola Oniya dan Farhod Tadjiyev.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2.
Dalam pada itu, beberapa pemain Kelantan yang tidak terlibat dengan perlawanan tersebut termasuk Khairul Fahmi Che Mat dan Badhri Radzi, dilaporkan menyertai skuad sukarelawan bagi membantu mangsa banjir.
www.stadiumastro.com