Home » , » Kelantan Masih 
Tunggu Ferris Lapor Diri

Kelantan Masih 
Tunggu Ferris Lapor Diri

Muhammad Ferris Danial Mat Nasir (kiri) kini menjadi rebutan antara Kelantan dengan Felda United selepas dia dibebaskan daripada skuad Harimau Muda.
KOTA BHARU – Tindakan penyerang Harimau Muda A, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir yang masih belum melaporkan diri ke kem pasukan The Red Warriors menimbulkan rasa kurang senang Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Setiausaha Eksekutif KAFA, Arif Hassan ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan pihaknya telah menghantar surat kepada FAM pada 12 Disember lalu untuk memaklumkan kegagalan Muhammad Ferris melaporkan diri ke kem The Red Warriors.

Menurutnya, hingga hari ini, Muhammad Ferris telah gagal mematuhi arahan FAM dan dia masih belum melaporkan diri kepada KAFA.

“Sehubungan itu, KAFA tidak membenarkan mana-mana pasukan lain mendaftarkan pemain berkenaan, kecuali mendapat pelepasan secara bertulis daripada Kelantan,” katanya.

Arif memberitahu, dia bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah telah mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Felda United baru-baru ini me­ngenai kedudukan pemain tersebut.

“Datuk Seri Afandi memaklumkan kepada Setiausaha Felda United bahawa pemain ini tidak boleh didaftarkan dengan pasukan berkenaan.

“Dia ambil maklum perkara ini dan akan memberitahu pemain berkenaan supaya pulang ke pangkuan Kelantan,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Felda United perlu menggunakan menghubungi KAFA sekiranya mereka serius mahu mendapatkan khidmat penggempur Harimau Muda itu bagi memperkukuhkan skuad untuk kempen Liga Super musim hadapan.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Noor berkata, pemain berkenaan perlu kembali bersama The Red Warriors dan perkara tersebut termaktub dalam peraturan yang dikuatkuasakan oleh FAM.

Bagaimanapun, Muhammad Fer­ris tidak berbuat demikian sebaliknya kini berada di Dubai bersama Felda United bagi menjalani latihan persiapan pra musim di sana.

www.utusan.com.my
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment