Home » , , » Steve Darby pertahan prestasi anak buahnya - Liga Super 2014

Steve Darby pertahan prestasi anak buahnya - Liga Super 2014

Dickson diasak pertahan kelantan
Pengendali Kelantan, Steve Darby tetap mempertahankan persembahan barisan pemainnya, meskipun gagal menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri untuk meraih tiga mata penuh selepas seri 2-2 menentang Pahang dalam aksi Liga Super kelmarin.

Keputusan tersebut turut menyaksikan The Red Warriors terlepas peluang untuk mengekalkan kedudukan di persada Liga Super setelah dipintas oleh Terengganu yang mencatatkan kemenangan ke atas Johor Darul Takzim. Kelantan bagaimanapun hanya ketinggalan di tempat kedua berdasarkan perbezaan jumlah gol dengan Terengganu.

Darby mengakui pertemuan dengan Pahang cukup sengit buat barisan pemainnya dan dia memang telah menjangkakan kedua-dua pasukan akan mencatatkan keputusan seri pada perlawanan tersebut. “Saya akui kami banyak terlepas peluang dan sedikit tertekan, bagaimanapun kami berjaya bangkit dan menukar corak permainan selepas ketinggalan pada satu ketika.

“Pahang bukanlah pasukan yang mudah untuk ditundukkan, walaupun kami berjaya memecah kebuntuan jaringan lebih awal, mereka tidak mudah mengalah dan bangkit dengan menguasai perlawanan terutamanya pada babak kedua," katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Kelantan mendahului seawal minit pertama menerusi sepakan bebas ketua pasukan, Mohd. Badhri Radzi namun Pahang menyamakan kedudukan menerusi Shaiful Nizam Miswan 12 minit kemudian.

Kelantan dikejutkan dengan jaringan kedua Pahang menerusi Mohd. Faizol Hussain yang tenang menyudahkan hantaran Dickson Nwakame pada minit ke-70 tetapi diselamatkan oleh jaringan penyamaan Khairul Izwan Rosli sepuluh minit kemudian.-utusan-


Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment