Home » , , » ATM kehilangan khidmat Marlon

ATM kehilangan khidmat Marlon

Marlon Alez James
KETUA jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan mendedahkan kekalahan 0-2 kepada Kelantan pada aksi Liga Super kelmarin merupakan perlawanan terakhir penyerang importnya, Marlon Alex James.

Penyerang kelahiran St. Vincent & Grenadines itu telah merekodkan 47 gol dalam 54 perlawanan sepanjang tiga musim bersama The Gladiators sejak menyertai pasukan itu pada 2012 lalu.

Bagaimanapun, Marlon yang sering dilanda kecederaan pada musim ini dilihat kurang menyengat, sekali gus gagal membantu ATM yang kini terperosok di tangga kedua terbawah Liga Super.

“Dia (Marlon) telah memberitahu saya bahawa dia sudah tidak boleh bermain lagi. Kecederaan yang sering dialaminya membuatkannya mengaku kalah untuk terus bersama ATM selepas ini.

“Saya sedikit terkilan kerana Marlon tidak dapat menjaringkan gol dalam perlawanan terakhirnya bersama ATM.

“Apa perlu saya buat sekarang ini ialah mencari penyerang baharu bagi mengganitkan Marlon dalam tempoh seminggu yang saya ada ini (tarikh tutup pendaftaran kedua pemain import pada 19 April depan),” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Sathianatan turut kecewa dengan keputusan pengadil perlawanan, Suhaizi Shukri membatalkan jaringan Marlon yang dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid pada minit ke-22.

Jelasnya, sekiranya gol itu dikira, ia akan menjadi hadiah perpisahan terbaik daripada Marlon dalam penampilan terakhirnya bersama ATM.

Malah, pengendali berusia 55 tahun itu juga mengakui pembatalan gol itu merencatkan rentak permainan skuad bimbingannya selain daripada krisis kecederaan dialaminya menambahkan lagi tekanan dirasainya ketika ini.

“Bagi saya, keputusan itu banyak menukar rentak perlawanan. Tekanan perlawanan semakin tinggi dan jaringan pula tidak dikira, jadi apa yang saya boleh buat?.”

www.kosmo.com.my
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment