Home » , » Petanda kebangkitan TRW

Petanda kebangkitan TRW

Pengurus pasukan Kelantan : Azman Ibrahim
Kejayaan menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 adalah petanda awal kebangkitan The Red Warriors (TRW) selepas gagal mencipta sebarang kemenangan dalam enam perlawanan sebelum ini termasuk dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). 

Pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, berkata semua pemain tidak harus dipersalahkan akibat prestasi tidak menentu TRW sebelum ini dan mengharapkan kebangkitan ini dapat diteruskan pada perlawanan akan datang. 

Katanya, TRW akan lebih memberi keutamaan untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA yang dimenangi musim lalu dan menganggap semua pasukan dalam Liga Super masih mempunyai peluang untuk merangkul kejuaraan.


www.bharian.com.my
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment