Steve Darby |
Jelasnya, kesungguhan dipamerkan sebaik wisel perlawanan ditiup memberi gambaran pasukannya bersedia menghadapi sebarang aksi yang pastinya mencabar dan menarik selepas ini.
“Perlawanan menentang ATM di laman lawan sememangnya menakjubkan, pemain melakukan tugas dengan berkesan, lihat sahaja separuh masa pertama kita mendominasi permainan hingga memaksa tuan rumah bertahan.
“Pemain tidak berputus asa walaupun beberapa kali gagal menjaringkan gol ketika peluang terhidang dan kesungguhan mereka akhirnya berbaloi apabila mendahului lawan 1-0 pada separuh masa pertama,” katanya.
Darby berkata, kehilangan Mohd Shawky ketika perlawanan memasuki minit ke-13 akibat kecederaan tidak mengubah rentak pasukan.
“Kemasukan Amar Rohidan berfungsi sepenuhnya dan komitmen pemain lain juga tidak dinafikan.
“Tahniah buat semua pemain dan kita akan terus mencipta kemenangan dalam perlawanan akan datang,” katanya.
Pada perlawanan malam kelmarin, gol pada setiap babak dihasilkan Mohd Badri Radzi di minit 44 dan Francis Forkey Doe (m-83) memastikan kemenangan mutlak buat Kelantan yang melonjakkan kedudukan skuad The Red Warriors di tangga empat dengan 20 mata.
www.sinarharian.com.my