Home » , » Bersatu Seperti Penyokong TRW

Bersatu Seperti Penyokong TRW

Bersatulah seperti penyokong TRW
SHAH ALAM – Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim, Mohd Khairil Yazid menyokong saranan tokoh usahawan Kelantan, Datuk Hussamuddin Yaacub supaya kerajaan campuran diwujudkan di Kelantan bagi membangunkan semula negeri itu yang lumpuh selepas dilanda banjir terburuk.

Menurut Mohd Khairil, penyatuan itu boleh berlaku dengan mengambil contoh paling mudah, iaitu sokongan rakyat negeri tersebut kepada pasukan bola sepak Kelantan yang dikenali sebagai The Red Warriors (TRW).

“Jika kita lihat di stadium, penyokong TRW boleh duduk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan mereka tanpa mengira fahaman politik dan kaum.

“Kita (penyokong) bersorak bersama-sama, berpelukan tanpa mengambil kisah aliran politik ketika pasukan kesayangan kita memenangi piala dan jelas ini adalah kesatuan dan perpaduan yang ditonjolkan rakyat Kelantan,” katanya.

Jelasnya, kejayaan organisasi seperti Persatuan Bola Sepak Kelantan juga membuktikan manfaat kerjasama tanpa mengira fahaman politik.

“Dalam sesebuah organisasi tidak kira besar atau kecil, persefahaman perlu dicari dan perbezaan sepatutnya tidak dijadikan isu.

“Mungkin apa yang disarankan  merupakan permulaan perpaduan yang perlu dipupuk kedua-dua kerajaan yang memerintah,” katanya.

sinarharian-
Jangan lupa komen di bawah

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment