Banjir: Persiapan TRW Tidak Terjejas

Banjir: Persiapan TRW Tidak Terjejas
Erwin Carrillo (kanan) cuba melepasi pemain import T-Team pada perlawanan baru-baru ini. Gambar dari Dunia Sukan. Biarpun Kelantan masih belum pulih daripada kesan banjir besar, namun ia tidak menjejaskan persiapan skuad bola sepak negeri itu dalam menghadapi saingan Liga Super yang dijadual bermula hujung bulan ini. Semalam, skuad The Red Warriors (TRW) bersama-sama pasukan T-Team mengambil langkah...

Tauke Tidak Kisah Dilabel Kuda Tua

Tauke Tidak Kisah Dilabel Kuda Tua
Tauke percaya pengalaman dimiliki mampu membantu pasukan. TONGGAK pertahanan baharu The Red Warriors (TRW), Norhafiz Zamani Misbah, tidak kisah dilabel pemain kuda tua oleh penyokong setia skuad pantai timur itu. Norhafiz Zamani atau dikenali dengan Tauke berkata, panggilan itu dianggap satu perkara biasa bagi seseorang pemain bola sepak sepertinya yang melepasi peringkat umur 30 tahun. “Bagi...

Peledak Baharu TRW

Peledak Baharu TRW
Reputasi Carrillo muncul selaku penjaring terbanyak Liga Colombia dijangka bakal menggegarkan pentas Liga-M musim depan. MENGUMUMKAN ketibaan peledak baharu The Red Warriors, Erwin Carrillo. Khabar gembira buat penyokong skuad Pantai Timur itu apabila penyerang dari Colombia itu sudah menjejakkan kaki di Kota Bharu, Isnin lalu. Ketibaan Carrillo sekali gus menyaksikan skuad kendalian George Boateng...

Bersatu Seperti Penyokong TRW

Bersatu Seperti Penyokong TRW
Bersatulah seperti penyokong TRW SHAH ALAM – Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim, Mohd Khairil Yazid menyokong saranan tokoh usahawan Kelantan, Datuk Hussamuddin Yaacub supaya kerajaan campuran diwujudkan di Kelantan bagi membangunkan semula negeri itu yang lumpuh selepas dilanda banjir terburuk. Menurut Mohd Khairil, penyatuan itu boleh berlaku dengan mengambil contoh...

Carrillo Bakal Perkuatkan Kelantan

Carrillo Bakal Perkuatkan Kelantan
CARILLO (kanan) disambut oleh Annuar sebaik tiba di Kota Bharu, malam kelmarin. SELEPAS mengharungi musim 2014 yang agak suram akibat kehilangan beberapa tonggak utama, Kelantan nekad untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak mereka dengan mengambil beberapa pemain import dan tempatan yang baharu untuk memperkuatkan pasukan. Menggugurkan kesemua pemain import musim lalu, Kelantan sudah pastinya...

FAM Disaran Bertindak

FAM Disaran Bertindak
Annuar Musa PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperketat peraturan perpindahan pemain jika tidak mahu isu rundingan ‘pintu belakang’ terus berlaku setiap kali menjelmanya musim baharu Liga Malaysia. Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, kes melibatkan pemain Harimau Muda, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir yang secara diam-diam menandatangani kontrak...

Kelantan Masih 
Tunggu Ferris Lapor Diri

Kelantan Masih 
Tunggu Ferris Lapor Diri
Muhammad Ferris Danial Mat Nasir (kiri) kini menjadi rebutan antara Kelantan dengan Felda United selepas dia dibebaskan daripada skuad Harimau Muda. KOTA BHARU – Tindakan penyerang Harimau Muda A, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir yang masih belum melaporkan diri ke kem pasukan The Red Warriors menimbulkan rasa kurang senang Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Setiausaha Eksekutif KAFA, Arif...

Farizal tekad kecewakan TRW

Farizal tekad kecewakan TRW
Penjaga gol FELDA United FC, Mohd Farizal Harun berdepan tugas sukar untuk mengekang asakan juara bertahan Piala FA, Kelantan di Stadium Shah Alam, malam ini. The Red Warriors (TRW) memerlukan sekurang-kurangnya jaringan 1-0 untuk membolehkan mereka melangkah ke pentas final pada minggu depan selepas terikat 3-3 di laman sendiri dalam aksi separuh akhir pertama awal bulan ini. Menjelang separuh...

Hidup mati The Red Warriors

Hidup mati The Red Warriors
Kelantan meneruskan misi hidup atau mati untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA tetapi mereka berdepan cabaran cukup getir daripada Felda United FC pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam ini. Seri 3-3 pada separuh akhir pertama meletakkan Kelantan dalam keadaan kurang selamat memburu slot ke pentas final buat kali keempat berturut-turut ketika The Fighters sedang berusaha...

Red Warriors yakin jinakkan Felda

Red Warriors yakin jinakkan Felda
Kelantan tekad akan memadam kelebihan jaringan yang dimiliki oleh Felda United pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini. Ketua Jurulatih Kelantan, George Boateng berkata, bagi memadam kelebihan Felda United itu, pemainnya harus menterjemahkan setiap peluang yang dimiliki dengan meledak jaringan awal. Katanya, jaringan awal itu penting sebagai pembakar semangat. Katanya...